EKW BEAUTY FLAWLESS SERUM – ARGAN OIL DAN KEGUNAANYA
2020-03-23
PENGENALAN MINYAK ARGAN
Minyak Argan ialah minyak semulajadi yang termahal di dunia kerana khasiatnya untuk kecantikan
dan awet muda. Minyak ini telah diketahui khasiatnya di kalangan penduduk di negara maghribi
(morocco) sejak 8000 sm lagi dan ia juga telah digunakan oleh cleopatra yang terkenal dengan kecantikannya di mesir pada zaman dulu. Sekarang pokok argan merupakan salah satu pokok
yang dilindungi oleh (unescol) kerana dikhuatiri akan kepupusanya.
Minyak Argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok argan yang penuh dengan khasiat
semulajdi untuk kosmetik dan juga kesihatan tubuh badan luaran dan dalaman manusia. Argan
oil sudah mempunyai predikat tinggi dalam mengatasi berbagai masalah yang terdapat pada
kulit wajah seperti jerawat, jeragat, flek hitam, kerutan, stretch mark dan lain-lain lagi.
Antara kelebihan minyak argan:
1) Minyak argan kaya dengan vitamin E malah kandungan vitaminya 2 kali ganda lebih banyak
berbanding minyak zaitun. Vitamin E kaya dengan antioksidan dan berfungsi untuk melawan
radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan berlaku pada wajah.
2) Minyak argan juga berfungsi untuk melembabkan kulit yang kering. Jika anda mempunyai
masalah kulit kering anda memang disyorkan untuk menggunakan produk yang berasaskan
bahan semulajadi seperti minyak argan, ianya boleh memberikan kelembapan pada kulit
wajah.
3) Disamping memberikan kelembapan pada kulit wajah, minyak argan juga berfungsi untuk
mencerahkan kulit dan membuat tona kulit lebih sekata. Lepas ni dah tak perlu beli produk
yang mahal-mahal kerana dalam serum flawless terdapat minyak argan dan harga sangat
berpatutan dan mampu milik.
4) Anda mempunyai parut jerawat? Jangan risau produk yang berasakan minyak argan mampu
untuk memudarkan dan menghilangkan parut jerawat sedikit demi sedikit tanpa meninggalkan
kesan pada kulit wajah.
5) Apabila usia makin bertambah, mula lah datang wrinkles atau kedutan pada wajah. Mesti
pening kan memikirkan cara untuk hilangkan kedutan pada wajah?. Buat apa pening-pening
fikir, sapu je minyak argan pada kawasan yang berkedut, insyallah dalam masa 2-3 minggu
anda akan nampak kesan kedutan makin berkurangan.
6) Bila ia boleh melembabkan kulit semestinya minyak argan juga mampu untuk membuatkan
kulit wajah lebih lembut dan segar. Malah tesktur kulit akan jadi lebih cantik dan masalah
kulit wajah dapat diatasi dengan menggunakan minyak argan yang sungguh powerrful ni.
7) Jerawat ni memang sahabat kita dari dulu sampai sekarang kan? Mana tak nya, dah tua-tua
pun jerawat masih nak bertapa di kulit wajah. Tak apa itu masalah yang dulu sekarang dah jumpa
jalan penyelesaian, sila manfaatkan nya dengan sebaik mungkin. Sapu je minyak argan di kawasan
jerawat tersebut sebelum tidur malam dan insyallah esok pagi bangun tengok jerawat dah kecut.
8) Kalau anda perasan wajah mula nak tumbuh jerawat, tiba-tiba rasa macam ada benjolan nak
muncul, Bila dah rasa macam tu lebih baik cepat-cepat sapu minyak argan supaya jerawat
tak jadi nak tumbuh hehe. Minyak argan mampu untuk mematikan jerawat yang baru nak
naik dan mengatasi masalah jerawat sebelum ianya berleluasa.
9) Bila malam je mesti malas kan nak pakai toner. Kini tak perlu risau sebab minyak argan boleh
dijadikan toner. Lepas ni sebelum tidur malam titiskan 2 hingga ke 3 titis minyak argan pada
tapak tangan dan sapu pada wajah dan urut dengan urutan memutar.
10) Last sekali apa yang best tentang minyak argan ni, ianya sesuai untuk semua jenis kulit wajah,
tak kira lah kulit kering ke, kulit berminyak dan sensetif semua jenis kulit boleh pakai. Jadi dah
tak perlu risau atau rasa was-was kerana ianya selamat digunakan untuk semua jenis kulit.
SERUM FLAWLESS
Anda boleh dapatkan serum flawless ekw beauty yang berasakan dari bahan semulajadi iaitu
minyak argan oil sekiranya anda ingin kan kulit yang sihat cantik dan bebas dari segala
masalah kulit wajah. Produk yang berkualiti yang penting harga tersangat murah dan mampu milik.