ROSE ESSENTIAL REFRESHING TONER

 

 

 

 

Okey sebelum tu anda semua tahu ke apa fungsi toner sebenarnya?  Kalau anda semua tak tahu apa fungsi toner mehh sini nak cerita sedikit sebanyak tentang fungsi toner pada kulit wajah kita . Toner digunakan untuk sempurnakan cleansing process dengan membantu membuang lebihan yang tertinggal pada kulit wajah seperti lebihan makeup dan lebihan minyak, sel kulit mati atau lebihan cleanser yang tertinggal pada kulit wajah.

Toner amat membantu dan ia adalah satu keperluan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak atau mudah berjerawat ,atau untuk mereka yang perlukan extra pembersihan selepas pakai makeup dan sunscreen. Toner ada manfaatnya yang tersendiri. Wanie nak cerita serba sedikit pasal manfaat toner pada kulit wajah kita .

 

 

MANFAAT TONER 

 

Kecilkan liang pori – Toner membantu untuk kecilkan dan bersihkan liang – liang pori yang terbuka selain itu toner dapat mengurangkan ruang untuk kotoran dan minyak masuk ke dalam liang yang akan menyebabkan jangkitan jerawat atau iritasi kulit yang lain.

 

 

Pulihkan keseimbangan ph semula jadi kulit – Kulit semula jadi berasid dengan tahap ph kira -kira 4.5 hingga 5.5. Bila tahap ph kulit anda lebih daripada 6.5 maka garis pertahanan pertama kulit anda akan tergangu dan kulit anda akan terdedah kepada bakteria dan jangkitan. Toner mampu untuk memulihkan keseimbangan ph kulit anda selepas bersihkan kulit anda dengan toner, kulit anda sudah dilindungi dengan lebih baik dan selamat.

 

 

Tambahkan lapisan perlindungan – Toner boleh membantu menutup pori -pori dan mengetatkan jurang antara sel selepas kulit dibersihkan. Dengan memakai toner dapat bersihkan kotoran yang ada pada kulit wajah. Ianya juga boleh melindungi dan menghilangkan klorin dan mineral yang terdapat dalam air paip. Senang cerita kan uolss nak bilas muka selepas cuci muka pakai air paip, Dalam air paip kan terdapat klorin maka sekiranya uolss pakai toner ianya mampu untuk menghilangkan klorin dan mineral yang melekat di kulit wajah.

 

 

Penyediaan kulit – Bayangkan kulit anda seperti span kering. Jika anda letakkan krim atau foundation di atas span kering sudah semestinya krim dan foundation tersebut susah untuk meresap kerana span tersebut tidak lembab. Tetapi jika uolss lembabkan dahulu span yang kering itu sudah semestinya foundation dan krim tersebut meresap dengan lebih mudah. Jadi toner sangat membantu kulit anda untuk mudah menyerap sesuatu bende seperti essence, moisturizers, produk, atau skincare ke dalam kulit anda .

 

 

 

Cara pengunaan toner dengan betul :

Step 1 – Sebelum nak cuci muka uolss perlu remove dahulu segala makeup yang ada di muka, pakai makeup remover yang tidak mengandungi alkohol agar muka tidak akan pedih dan menipis. Letakkan makeup remover ke atas kapas kemudian apply di wajah secara perlahan – lahan sehingga tidak terdapat sebarang lebihan makeup di muka .

Step 2 – Cuci muka anda, pakai pencuci muka yang uolss  biasa gunakan pastikan anda pakai pencuci muka yang bersesuai dengan jenis kulit, kalau kulit kering cari pencuci muka yang khas untuk atasi masalah kulit kering, jangan pulak masalah kulit kering bahan pergi beli pencuci muka untuk kulit jeragat. Lepas siap cuci muka lap mengunakan kain yang bersih khas untuk lap muka, jangan guna tuala badan untuk lap muka. Lap kering kering pastikan lap muka dengan lembut sahaja jangan tenyeh macam nak gosok baju heheh.

Step 3 – Baru apply Ekw Rose Essential Refreshing Toner muka, ambil kapas dan isi toner atas kapas dan apply secara perlahan – lahan. Selepas bersihkan muka menggunakan toner uolss akan nampak pada kapas tu terdapat segala kotoran dan minyak yang melekat di kapas tersebut. Bagi yang tidak pernah mengunakan toner selepas mencuci muka uolss akan alami fenomena di mana uolss akan terkejut melihat segala kotoran yang terdapat di atas kapas tersebut. Jadi saya nak ingatkan lagi sekali toner amat penting untuk rutin harian penjagaan kulit wajah